Gara-gara memuat naik status berasa mual dan hendak muntah, ramai peminat tampil membuat spekulasi bahawa pelakon itu kini sedang hamil anak kedua.
Meskipun begitu, Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri,26, telah menafikan dakwaan itu dan telah menjelaskan status yang sebenarnya.
Menurut Elfira, dia tidak hamil namun hanya berasa tidak sihat kerana sedang berada dalam haid.
“Minta maaf kerana membunuh keterujaan kalian tetapi saya tidak mengandung. Sebab sekarang saya sedang datang bulan..”
Pelakon filem Rentap ini juga berkata bahawa dia tidak lagi mahu menggunakan perkataan ‘muntah’ dan ‘mual’ kerana ruangan mesej laman sosialnya akan dipenuhi dengan pertanyaan peminat yang bertanyakan adakah dia kini sedang hamil atau tidak.
View this post on Instagram
Elfira kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf yang sudahpun berusia satu tahun dua bulan hasil perkahwinannya dengan lelaki pilihan, Muhamad Faris Khairol Anwar pada 1 Januari tahun lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments