Seakan tidak putus-putus dihimpit kontroversi membabitkan namanya dalam bidang perniagaan, usahawan kosmetik penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini tampil menyatakan hasratnya untuk melakukan satu perubahan besar dalam hidup apabila beliau khabarnya mahu menetap di Australia.
Menerusi temubual Utusan Online, beliau juga berhasrat untuk menjual rumahnya dan seterusnya bermastautin di Australia.
Tidak ketinggalan, beliau turut memuat naik video ‘house tour’ di laman Instagram miliknya bertujuan untuk mempromosikan salah sebuah rumahnya di ibu kota yang ingin dijualnya.
Kata Aliff, keputusan itu dilakukannya kerana sudah berputus asa dengan situasi yang dihadapinya di Malaysia.
“Saya rasa macam dah give up duduk di Malaysia… Bila kes Wany ni saya berfikir, ya allah aku ni buat apa dengan orang. Contohlah. Saya tak bersalah, tak tahu kes apa-apa dengan anak angkat saya. Oh sayalah kena. Saya ni seolah-olah macam penjenayah.”
Dedahnya lagi, selain ekonomi yang merudum sewaktu pandemik COVID-19, beliau nekad mahu menjual rumah tersebut kerana beliau mengakui bahawa ia adalah satu bebanan besar buatnya. Hal ini kerana, kos penyelenggaraan kediaman mewah itu agak mahal.
“Kalau ada orang yang nak membeli rumah ni, kalau ada yang mampu, saya akan berpindah.”
Advertisement
Bahkan beliau tidak ketinggalan menyatakan hasratnya ingin berpindah ke negara berkenaan kerana mahu mencari ketenangan di Australia dan memulakan hidup baru di sana, sekali gus mampu menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat suatu hari nanti.
“Saya nak matikan Instagram dan biar manager jaga dan nak mulakan hidup baru. Saya pun dah tua takkan saya nak tergedik-gedik cari kontroversi murahan.”
Sumber: Utusan Online, Oh My Media
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments