#Hiburan: Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM35,000, Da’i Syed Luah Perasaan,-“Saya Sedih, Cuma Mampu Berdoa..”

Penceramah bebas dan juga penyanyi, Da’i Syed dilaporkan telah dilepaskan dengan ikat jamin di kedua-dua Mahkamah Shah Alam dan Petaling Jaya, semalam.

Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful diikat jamin sebanyak RM35,000 setelah menjalani tahanan reman selama 19 hari.

Dia yang ditemui media meluahkan rasa syukur kerana dibebaskan dan memberitahu bahawa dia kini berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera.

Advertisement

“Alhamdullilah, saya sihat dan semuanya baik-baik sahaja. Selepas keluar ini saya mahu makan bersama keluarga dan meluangkan masa bersama mereka. Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kebaikan untuk saya.”

Mengakui dirinya berasa sedih dengan atas kejadian yang menimpa, Syed berkata dia hanya mampu berdoa dan kini memerlukan sedikit masa dan ruang untuk memulihkan kembali jiwa dan kesihatan mentalnya seperti sedia kala.

Sekadar info, Syed Shah Iqmal,25, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Seksyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Dia juga turut dihadapkan dengan pertuduhan rogol di Mahkamah Seksyen Shah Alam. Selain itu, mahkamah turut mengarahkan dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan menganggu mangsa sama sekali setelah dibebaskan.

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments