#Hiburan: Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa

Seakan mengejutkan ramai pihak apabila dua lagunya iaitu Sembah bersama Man Keedal hasil ciptaannya sendiri bersama Iqie Hugh dan Adakah Kau Menungguku bersama Tuju karya Naim, Adib Hamdi dan Tuju gagal tersenarai sebagai 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), penyanyi Naim Daniel tetap menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan ketika berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) tempoh hari.

Menerusi laman Instagram, Naim tampil memuat naik sebuah video sedang mengelap trofi juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang dimenanginya tahun lalu untuk tatapan umum.

Advertisement

“Terima kasih semuanya, tahniah kepada finalis, moga Allah bersama kalian selalu! Assalamualaikum.”

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seolah kecewa apabila dua karyanya tidak terpilih oleh barisan juri yang diketuai oleh komposer Azmeer.

Bahkan, wujud juga segelintir pihak yang tampil memberikan kata-kata semangat buat Naim agar tidak bersedih dan terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik kelak.

Terdahulu, saringan terakhir yang diadakan pada malam tadi menyaksikan 12 lagu layak ke AJL35 antaranya Semalam nyanyian Aina Abdul, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Hutang (Floor 88), Eh (Zizi Kirana) dan banyak lagi.

Advertisement

Menurut laporan Gempak, AJL35 dijadualkan akan berlangsung secara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 Februari 2021.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments