#Hiburan: (VIDEO) “Eh! Ramainya Patah Tengkuk” – Balut Leher Tapi Elok Toleh Kiri Kanan, Gelagat Geng Peminta Sedekah Jadi Perhatian

Zaman sekarang ni, peminta sedekah menjadi semakin ‘advance’ dan mempunyai bermacam cara untuk meminta simpati daripada orang ramai.

Antara cara paling banyak kita lihat adalah meminta sedekah di simpang lampu isyarat, berjalan dari satu kereta ke kereta yang lain malah ada sesetengah daripada mereka yang sanggup berlakon cacat.

Advertisement

lelaki
6 bulan lalu

"Tiba-Tiba Nampak Pintu" - Tular Video Lelaki Mintak Sedekah 'Kantoi' Pura-Pura Buta?

Namun, modus operandi satu kumpulan peminta sedekah meraih perhatian netizen baru-baru ini selepas sebuah video tular di TikTok.

Menerusi rakaman dimuat naik oleh seorang pengguna jalan raya itu, dua lelaki dilihat berjalan di persimpangan traffic light untuk meminta sedekah pada pemandu kereta.

Apa yang menjadi perhatian dan bualan netizen adalah masing-masing mempunyai balutan di bahagian leher seolah-olah mereka tercedera.

Lebih membuatkan netizen mentertawakan ‘modus operandi’ mereka ini adalah apabila kedua-duanya dilihat mampu menoleh ke kiri dan kanan dengan laju.

Seorang netizen berkata,

Ni mesti ada timetable… Syif tengkuk 12-4… Syif tangan 4-8… Syif kaki 8-12.”

Menjengah ruangan komen, ramai netizen tertanya-tanya mengapa tiada pihak berkuasa yang ambil tindakan sedangkan mereka ini semakin berleluasa dan mudah untuk dijumpai.

The post (VIDEO) “Eh! Ramainya Patah Tengkuk” – Balut Leher Tapi Elok Toleh Kiri Kanan, Gelagat Geng Peminta Sedekah Jadi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments