#Hiburan: “Ni Billie Ellish Ke Bilis?” – Bayar Sampai RM500 Tengok Konsert Tapi Terhalang Khemah, ‘Sound System’ Hauk

Semalam, penyanyi antarabangsa Billie Eilish telah membuat persembahan julung kalinya di Malaysia dalam siri konsert ‘Happier Than Ever World Tour’ yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Maka dengan itu, berduyun-duyun peminat telah hadir bagi menyaksikan sendiri penyanyi itu beraksi di atas pentas termasuklah golongan selebriti, dan ‘influencer’ yang turut tidak ketinggalan menyaksikan konsert tersebut.

Advertisement

Namun, tular pula di media sosial apabila netizen yang menghadiri acara itu tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan dari awal sehinggalah akhir konsert.

Seperti contoh, usahawan Khairul Aming menerusi satu ciapannya, sistem suara di konsert tersebut sangatlah menyedihkan kerana dia dan rakan-rakannya yang lain tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba disampaikan Billie ketika di atas pentas.

Malah, kedudukan pentas yang sangat jauh juga membuatkan peminat yang hadir berasa tidak puas hati serta ‘layout’ pentas juga sangat berbeza dari realiti seperti yang dimaklumkan penganjur sebelum ini.

Beli Cat 2 yang harga dia RM5++ sebab tu antara seated yang paling dekat dengan stage la kan. Sekali jauh, dah la tak bawa teropong. Rasa macam tengok bola ya.

Selain itu, penyanyi Yazmin Aziz menerusi TikTok turut meluahkan rasa yang sama dan dia juga sempat berseloroh bahawa setiap pembelian tiket patutnya disertakan dengan binocular kerana kedudukan pentas yang sangat jauh.

@yazminaziz

RM500 and doesn’t come with binoculars ? #fyp #tiktokmy #billieeilishmalaysia

? original sound – Yazmin Aziz – Yazmin Aziz

Sudahlah tiket mahal, pandangan sesetengah peminat di tempat duduk juga ada yang terlindung dengan kehadiran khemah putih seperti biasa yang kita lihat di majlis kenduri. Kata netizen, ia sangat mengecewakan dan rasa seperti kena ‘scam’!

Sabar je lah ya peminat Billie Eilish semua…

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

16 jam lalu

"VIP Tiket Pun Tak Serapat Ni" - Ramai 'Jealous' Tengok Pemuda Ini Dapat Bergambar Dengan Billie Eilish

The post “Ni Billie Ellish Ke Bilis?” – Bayar Sampai RM500 Tengok Konsert Tapi Terhalang Khemah, ‘Sound System’ Hauk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments