Sebelum ini, pelakon utama drama Mati Pucuk iaitu Emma Maembong dan Shahz Jaszle teruk dikecam oleh netizen selepas melakonkan babak dimana mereka dilihat memakai baju set pengantin sambil menari dan berpelukan mesra.
Difahamkan, ramai penonton yang mempersoalkan tentang kemesraan mereka kerana masing-masing sudahpun mendirikan rumahtangga dan bergelar suami dan isteri orang.
Tampil mengulas isu tersebut, pengarah drama Mati Pucuk iaitu Michael Ang berkata dia sendiri tidak mengetahui mengenai video yang tular itu.
Saya tak nak komen panjang pasal benda ni sebab saya tak tahu apa-apa dan tak pernah nampak pun video tu.
@shahzjaszle
Jelasnya, bagi menjayakan babak perkahwinan di dalam drama tersebut, Emma dan Shahz sememangnya perlu melakonkan watak mereka dengan mesra seperti pasangan yang baru berkahwin.
Mustahil kita nak lakukan babak perkahwinan dengan mengenakan jarak empat meter.
Dalam pada itu, Michael enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian netizen mengenai aksi lakonan mereka yang didakwa melampaui batas.
Kalau ada video tu mereka rekod sendiri, tak ada kena mengena dengan saya. Kalau tak nak tengok, bukak siaran TV Al-Hijrah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kalau Tak Suka, Tengok TV Al-Hijrah” – Aksi Mesra Pelakon Drama Dikecam, Ini Respon Pengarah Michael Ang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments