Baru-baru ini, ibu kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Amy Salmi memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial miliknya memaparkan pelakon Wan Sharmila.
Menerusi hantaran video di aplikasi TikTok, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala turut dilihat begitu mesra bersama keluarga terutama ibu Shuib ketika berada di majlis tahlil Allahyarmah Siti Sarah.
Malah, apa yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah apabila kapsyen yang dituis oleh ibu pelawak itu seakan-akan memberi ‘hint‘ kepada orang ramai.
Biar gambar brbicara.
@amysalmi22 biar gambar brbicara
Bukan itu sahaja, ibu Shuib turut memuat naik gambar bersama Wan Sharmila di laman Instagram dengan kapsyen berterima kasih kepadanya selain menggelarkan dirinya sebagai ‘mama‘.
Mood happy bersama Lala.. tq sudi layan mama sampai penutup majlis…
Meninjau di ruangan komen, para peminat turut memberi pelbagai reaksi dan rata-ratanya memberi restu dan mendoakan agar mereka berdua berjodohan.
Approve maaaaa – netizen
“Tak nak laaa gambar yang berbicara… apa kata anak puan shuib yang berbicara baru kami seronok nak dengar,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Wan Sharmila bestfriend Sari Yanti. Kalau betul, jodoh. Sari Yanti la punya kerja ni. Eeee suka pulak kita. Wan Sharmila pun lembut orangnya,” tulis seroang lagi peminat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Biar Gambar Berbicara” – Muat Naik Foto Dengan Wan Sharmila, Ibu Shuib Bagi ‘Hint’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments