Rasanya semua sudah kenal dengan TikTokers bernama Ryan Bakery yang cukup popular di platform media sosial TikTok dengan konten-kontennya yang membuatkan warganet terhibur.
Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Fahmi Bin Bakery, sejak kebelakangan ini sering menjadi topik utama bualan orang ramai.
Baru-baru ini, kecoh apabila satu akaun kelab bola sepak terkenal dunia, Manchester United yang mempunyai 6.7 juta followers di platform media sosial berkenaan menggunakan suara Ryan sebagai sound dalam satu video mereka.
Di dalam video itu, ia memaparkan pemain bernama Jadon Sancho sedang beraksi ketika menentang kelab Liverpool dan berlatar belakangkan suara Ryan menyebut “Pehh smart woo, macam mana dia buat wei.. dia lipat woo.. huishh smart giler”.
Sememangnya hal itu telah menarik perhatian netizen dan apabila meninjau di ruangan komen video terbabit, ramai pengguna TikTok dari Malaysia menonton video itu berasa terkejut kerana kelab ternama menggunakan suara Ryan sebagai sound dalam video itu.
Malah, pemilik suara berkenaan turut tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen dan terkejut apabila suaranya digunakan oleh akaun Manchester United.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Smart Woo!” – Netizen Malaysia Bangga Suara Ryan Bakery Diguna Oleh ‘Official Account’ TikTok Kelab Manchester United first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments