#Hiburan: (FOTO) Miliki Kekayaan RM890 Juta, Ini Rupanya Pemilik ‘Superyacht’ Yang Singgah Di Sungai Perlis!

Awal minggu lalu, negara digemparkan dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah ‘Superyacht‘ di sekitar muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran dengan terminal feri.

Meskipun laluan tersebut kebiasaannya menjadi tempat laluan kapal layar milik individu, namun kelibat Superyacht yang mempunyai bentuk yang cukup unik & futuristik semestinya telah membuatkan penduduk di kawasan sekitar berasa teruja dan kagum.

Advertisement

Dan sudah tentu, ramai yang tertanya-tanya siapakah pemilik kapal layar mewah berkenaan yang difahamkan bernilai lebih kurang USD10 juta ataupun RM44.5 juta.

Antony marden

Superyacht yang diberi nama ‘Adastra’ itu dimiliki oleh Antony Marden (Anto Marden) iaitu seorang ahli perniagaan berusia 73 tahun dan merupakan seorang taikun perkapalan Hong Kong.

Anto dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sehingga USD200 juta (RM890 juta) menerusi beberapa perniagaan miliknya seperti Fenwick Shipping yang beroperasi sejak tahun 1973 lagi.

Anto juga memiliki sebuah syarikat logistik yang menuruskan bunker marin, bidang pengurusan kapal, pembaikan & perkhidmatan marin serta perundingan marin yang diberi nama Magsaysay Transport & Logistic Group yang berpangkalan di Manila.

Malah, ahli perniagaan itu juga memiliki beberapa pulau persendirian di sekitar Asia Tenggara seperti Pulau Pangkil, Indonesia dan resort butik Pulau Joyo di Kepulauan Riau berhampiran Singapura.

Sementara itu, jom kita lihat beberapa foto bahagian dalam Superyacht Adastra!

Adastra superyacht

 

Superyacht adastra

 

Superyacht adastra

 

Superyatch Adastra

Bila agaknya dapat naik kapal mewah macam ni kan?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Genting tiket percuma
1 minggu lalu

Anda Lahir Bulan Ogos? Jom Tebus Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Percuma Sepanjang Bulan Ini!

The post (FOTO) Miliki Kekayaan RM890 Juta, Ini Rupanya Pemilik ‘Superyacht’ Yang Singgah Di Sungai Perlis! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments