Gara-gara dihambur dengan komen negatif oleh netizen, seorang pengguna TikTok dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya sendiri.
Wanita itu yang mempunyai lebih 30,000 pengikut di aplikasi popular tersebut telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan kemudian dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman di mana dia memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima panggilan mengenai kes itu pada jam 11.51 pagi Sabtu lalu.
Semasa dibawa dari rumah, mangsa masih bernafas tetapi meninggal ketika dalam perjalanan.
Mendiang berusia 44 tahun dan tinggal bersama suami dan anak di kediaman mereka di USJ11.
Manakala hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan kematian mendiang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu, TikTokers yang dikenali sebagai Shashikala Nagarajah difahamkan telah menerima kecaman berhubung penampilan dan juga koleksi beg tangannya di media sosial.
Mangsa dikatakan sering memuat naik konten media sosial mengenai gaya hidup dan juga anak-anaknya dalam bahasa Inggeris dan Tamli. – Berita Harian
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Dibuli Siber Dan Dihambur Komen Kebencian Di TikTok, Ibu Tiga Anak Ditemui Mati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments