#Hiburan: “Budaya ‘Menggelar’ Sangat Kuat”- Enggan Lagi Pulang Kerana Dihina, Lelaki Kongsi Pengalaman Hidup Di Kelantan

Satu perkongsian di Facebook oleh saudara Mohd Faisal baru-baru ini ternyata telah menjentik emosi netizen berikutan pengalamannya hidup di sebuah negeri yang membuatkan dirinya fobia dan enggan berpaling lagi meskipun dibesarkan di sana.

Cerita Mohd Faisal, dia mempunyai alasan tersendiri untuk berhijrah ke Selangor dan seboleh-bolehnya tidak mahu lagi menetap di negeri asalnya iaitu Kelantan.

Advertisement

Katanya, dia yang dilahirkan dengan darah kacukan India itu sering saja dibuli dan mengalami budaya ‘menggelar’ (mengejek) dipanggil anak k*ling oleh penduduk di sana.

Sering saja dibuli ketika di sekolah, Faisal juga berkata bahawa guru-guru juga hanya membiarkan sahaja perlakuan buli itu sehingga memberi kesan terhadap mental dan peribadinya.

Cikgu pula pada waktu itu tidak menyebelahi kita. Seolah membiarkan. Ada masa cikgu pula tukang tambah perisa. Buat murid-murid lain semakin galak. Saya betul-betul rasa terhina waktu tu.

Secara ringkasnya, Faisal merasakan bahawa dia tidak boleh hidup di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu kerana kehidupannya kini bersama anak-anak dan keluarga dilihat lebih baik selepas berhijrah ke Selangor.

Saya mahu anak-anak hidup dalam persekitaran yang lebih sihat dan baik. Tindakan saya keluar dari Kelantan dan kekal di Shah Alam ianya memberi kehidupan yang lebih berkualiti kepada saya dan anak-anak say.

Menjengah ke ruangan komen hantaran Facebook itu, netizen tampil menceritakan pengalaman masing-masing dan kebanyakan mengalami situasi sama seperti Faisal.

Komen FacebookSumber : Facebook  

“Saya respek dengan keputusan saudara untuk pindah keluar dari negeri Kelantan. Ada kebenaran akan kata-kata saudara itu. Perkauman sangat kuat. Seluruh Malaysia mereka bertaburan mencari rezeki dengan yakin.” tulis seorang netizen.

Difahamkan, Faisal menulis mengenai perkara itu sebagai respon kepada satu laporan portal berita yang membincangkan mengenai penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri lain.

Di akhir penulisannya, Faisal berkata apa yang dicoretkan itu hanyalah berdasarkan pengalamannya sendiri dan memohon maaf jika ia mengguris hati mana-mana pihak di luar sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

jual budak di shopee
1 hari lalu

“Bayi Pun Ada”- RM6k Seorang, Tular Foto Kanak-Kanak Dijual Sebagai Bahan Pemuas Nafsu Secara ‘Online’?

The post “Budaya ‘Menggelar’ Sangat Kuat”- Enggan Lagi Pulang Kerana Dihina, Lelaki Kongsi Pengalaman Hidup Di Kelantan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments