#Hiburan: (FOTO) “Macam International Dah!” – Hadir Ke KLFW22, Netizen Teruja Penampilan Ummi Nazeera Dan Abang

Penampilan aktres jelita, Ummi Nazeera bersama abangnya, Datuk Nazreem Musa di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) baru-baru ini telah mencuri perhatian peminat di media sosial.

Kedua-duanya dilihat telah hadir bagi memberikan sokongan kepada pereka fesyen Kit Woo dan tampil segak bergaya dia acara fesyen tahunan yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Foto-foto ketika berada di acara tersebut turut dimuat naik Ummi Nazeera di laman Instagram untuk tatapan peminatnya.

Dalam hantaran tersebut, Ummi mengenakan busana jaket ‘oversized’ berona hitam dan bercermin mata manakala Nazreem pula memakai sut bertali berwarna lembut biru dan putih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan dua beradik itu yang dianggap sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Kata netizen, seseorang yang berhijab tidak semestinya tidak boleh berfesyen dan Ummi Nazeera boleh dijadikan ikon fesyen buat mereka yang menutup aurat di luar sana.

Terbaik! Berhijab tak semestinya tak boleh berfesyen. – netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 minggu lalu

(VIDEO) "Dah Pakai Tudung, Jangan Normalkan Untuk Buka Balik" - Ummi Nazeera Nasihat Rakan Artis

The post (FOTO) “Macam International Dah!” – Hadir Ke KLFW22, Netizen Teruja Penampilan Ummi Nazeera Dan Abang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments