Berita tentang perpisahan dua selebriti yang digelar pasangan sejoli dan sering menjadi inspirasi netizen, Noh dan Mizz Nina mengejutkan ramai pihak.
Ramai turut bersedih dengan penceraian mereka berdua apatah lagi selepas pasangan itu baru sahaja mengambil anak angkat, Musa.
Kalau netizen pun terkesan dengan berita perpisahan mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, apatah lagi ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.
Perkongsian sahabat Mizz Nina di Instagram beberapa hari lepas mengundang rasa sebak dan simpati ramai warganet.
Menerusi penulisan itu, dia mendedahkan sikap positif Mizz Nina serta apa yang berlaku ketika fasa sebelum penceraian antaranya dan Noh.
Mizz Nina ada berkata dia mahu mengakhiri perhubungan mereka secara aman dan mahu menghormati kedua-dua belah pihak.
Menurut sahabatnya, ketika itu jelas nampak air mata dan meskipun hatinya remuk, Mizz Nina turut berasa kasihan dengan apa yang berlaku pada Noh.
Katanya, dia tidak mahu orang ramai menyebarkan cerita yang tidak baik dan fitnah terhadap Noh.
Saya tidak mahu orang sebarkan fitnah tentang Noh. Itu haram. Dan tidak adil untuk Noh juga. Apa saja yang kita buat kita mesti takut pada Allah.”
Sahabatnya ini turut menceritakan tentang peribadi Mizz Nina yang sebenarnya tidak suka bercakap tentang orang lain, tidak suka bercakap kasar dan juga tidak menggemari perkara-perkara negatif.
“Apa yang saya juga nak kata, peringatan buat kita terutama wanita, bila ada masalah sudah sudah lah kita share dengan orang”, kata sahabat Mizz Nina ini.
Hantaran itu meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya memuji keperibadian Mizz Nina selain turut berkata ibu kepada Musa ini memberikan inspirasi kepada ramai wanita lain.
The post “Saya Tak Suka Orang Sebarkan Fitnah Tentang Noh, Tak Adil Untuk Dia” – Mizz Nina first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments