#Hiburan: Dakwa Berhijab Tapi Pakai ‘Cap’ Boleh Lemahkan Iman, Netizen ‘Hentam’ Pendapat Pendakwah Ini

Baru-baru ini, perkongsiaan seorang pendakwah bernama Dai Fuad di laman Instagramnya telah menjadi perhatian warganet dan ramai juga mempersoalkan kesahihan maklumat yang disampaikan.

Biarpun sudah tiga hari perkongsiaan video terbabit di muat naik, ia masih mendapat perhatian ramai dan menjadi topik utama perbualan.

Advertisement

Di dalam video yang dimuat naik dia telah mengulas mengenai wanita berhijab memakai topi dan katanya, topi terbabit mampu melemahkan iman seseorang serta tidak melambangkan identiti sebagai umat Islam kerana dahulu terdapat pendakyah memakai topi menyebarkan agama bukan Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

Biarpun begitu, ia tidak dijatuhkan sebagai hukum haram kerana dahulu keadaan berbeza dengan hari ini, dimana orang ramai memakainya untuk lindung diri dari panas dan lain-lain.

Boleh pakai tapi seeloknya dielakkan sebab perempuan tak seharusnya tabbaruj (bermegah) dalam pakaian.

komen netizen

komen netizen

Namun, apabila meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakkannya mempersoalkan ulasan yang diberi oleh Dai Fuad dan sememangnya semua tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan serta kurang faham dengan penyampaian pendakwah terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

18 jam lalu

"Jadi Jutawan Tapi Produk Tak Pernah Nampak Orang Pakai" - Individu Dedah Cara 'Founder' Kosmetik Tipu Netizen

The post Dakwa Berhijab Tapi Pakai ‘Cap’ Boleh Lemahkan Iman, Netizen ‘Hentam’ Pendapat Pendakwah Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments