Baru-baru ini, dilaporkan seorang guru di SMK Sebauh, Bintulu disyaki telah merogol murid perempuan berumur 14 tahun di sebuah bilik muzik di sekolah tempat dia mengajar.
Turut difahamkan, guru ini bukan saja merogol seorang pelajar, malah dia juga didakwa pernah merogol murid perempuan yang lain juga belajar di sekolah yang sama.
Suspek berumur 33 tahun yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan itu dikatakan baru saja mengajar di sekolah negeri terbabit.
Kes guru rogol pelajar lagi. Why not kementerian pendidikan just buang je cikgu macam ni? Jangan suruh pindah sekolah https://t.co/X49GdnoU1r pedo ni tak layak jadi pendidik. pic.twitter.com/nWbkincE59
— Arfiey Syafme (@Arfieysyafme1) August 8, 2022
Akibat dirogol oleh guru berkenaan, salah seorang pelajar yang menjadi mangsa itu telah mengalami kemurungan dan desakan daripada keluarga membuatkan mangsa bersetuju untuk membuat laporan polis.
Ketika ini, pihak polis masih mencari suspek lelaki bernama Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir yang melarikan diri dan keberadaannya masih belum dapat dijejaki.
Melihat daripada pandangan orang ramai mengenai hal ini, mereka kebanyakkan meminta seandainya suspek sudah ditangkap, dia tidak diberi peluang untuk mengajar di mana-mana sekolah kerana bimbang hal yang sama akan berulang sekali lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Tular Tentang Guru Lelaki Di Sarawak Larikan Diri Lepas Didakwa Rogol Pelajar ‘Form 2’ Dalam Bilik Muzik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments