Penyanyi kecil molek, Iman Troye kini semakin melonjak namanya setelah popular dengan lagu-lagu nyanyiannya rancak berkumandang di radio.
Namun, ada pula cerita yang tidak enak mengenai dirinya apabila Iman didakwa sukar untuk berkerjasama selain sukar dihubungi setelah menjadi terkenal.
Iman yang ditemui media tempatan berkata, dia menafikan dirinya sudah berubah dan memohon maaf jika ada yang terasa dan terguris hati.
Sebenarnya, nombor digunakan termasuklah nombor keluarga, teman rapat dan kerja. Jadi agak mustahil untuk saya belek apatah lagi kalau mesej dihantar serentak.
Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi. Saya juga minta maaf bagi pihak pengurusan, Insya-Allah kami akan memperbaiki kelemahan berlaku.
Penyanyi yang meledak dengan lagu Nang dan Teman itu juga menafikan dia kini sudah berubah dan sombong tetapi ia hanyalah salah faham selain menyedari akan kekhilafan dirinya itu.
Sekadar info, Iman Troye merupakan artis wanita berhijab ketiga dari Malaysia yang pernah menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Saya Minta Maaf” – Iman Troye Didakwa Sukar Beri Kerjasama Dan Sombong Setelah Popular? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments