#Hiburan: Pernah ‘Viral’ Selamatkan Mangsa Banjir, Azwan Omar Terima Darjah Kebesaran Dari YDP Melaka

Pernah berjasa kepada mangsa banjir suatu ketika dahulu, lelaki yang dikenali sebagai Abang Viva berjaya menerima darjah kebesaran Negeri bersempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar merupakan antara 883 yang tersenarai sebagai penerima anugerah tersebut.

Advertisement

Azwan dalam istiadat berkenaan dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas usaha dan jasanya membantu mangsa banjir.

Sumber : Utusan 

Sekadar info, Azwan mendapat gelaran Abang Viva selepas bergerak solo memandu kereta berjenama Perodua Viva dengan membawa bot getah yang diiikat di atas kereta bagi menghulurkan bantuan di lokasi banjir.

Dia juga mendapat perhatian netizen kerana keikhlasannya untuk menolong mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 bagi mengisi minyak bot dan makanan untuk mengalas perut.

Dalam pada itu, Suhaimi A. Rahman atau Amy Search turut antara yang menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka dalam istiadat berikut yang membawa gelaran kepada gelaran Datuk.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

1 hari lalu

"Ini Takkan Merubah Amy Yang Dahulu" - Amy Search Terima Gelaran Datuk Dari YDP Melaka

The post Pernah ‘Viral’ Selamatkan Mangsa Banjir, Azwan Omar Terima Darjah Kebesaran Dari YDP Melaka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments