Tidak habis-habis lagi nampaknya kontroversi mengenai isu stokis dan ejen yang tidak berpuas hati dengan sistem perniagaan produk inai yang dikeluarkan oleh satu selebriti terkenal tempatan.
Terbaru, seorang pengguna TikTok tampil berkongsi mengenai pengalamannya sebagai stokis di mana dia mendakwa telah dipaksa founder inai tersebut untuk membawa wang tunai bernilai lebih RM70,000 semata-mata untuk mengambil stok di kilang.
Ujarnya, dia dilarang untuk membuat sebarang transaksi secara atas talian (online) dan perlu membawa wang tunai sebanyak itu jika ingin mengambil stok pada hari pertama.
Malah, dakwaan pengguna TikTok itu juga turut disokong dan disahkan beberapa orang stokis yang meninggalkan komen di video tersebut.
Betul, saya bawa cash RM100k untuk 5 slot. Itu pun dah puas minta nak transfer dengan HQ. Dia boleh ugut nak tolak saya ke 8hb.
Menjengah ke ruangan komen lagi, netizen berasa terkejut dan tidak bersetuju dengan cara perniagaan yang diamalkan oleh ‘founder’ ini.
Wah pak ostad dgn hajah jual pewarna kuku tu mintak agen datang kilang bawak cash only? Fishy ya. LHDN sila pantau.
— AE (@arifeddy12) August 9, 2022
Ada juga yang membuat andaian bahawa founder produk inai itu sebenarnya ingin lari daripada membayar cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada peniaga tempatan.
“Kalau perasan semua founder buat macam ni. Diorang nak lari dari LHDN..” komen seorang netizen.
Kenapa perlu lari ek? Berniagalah ikut saluran dan cara yang betul kan?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “LHDN Tolong Siasat” – Founder Inai Popular Didakwa Cuba Lari Dari Cukai, Stokis Dipaksa Bayar Stok RM70k ‘Cash’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments