#Hiburan: “Mujur Model Orang Putih” – Gaun Berkemban Tiba-Tiba Terlondeh, Ezuwan Ismail Akui Tak Perasan

Kehangatan acara tahunan Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW22) masih lagi terasa di mana ramai selebriti masing-masing memuat naik hantaran foto ketika hadir di pentas yang menghimpunkan rekaan pakaian daripada pereka fesyen terkenal itu.

Tidak ketinggalan, pereka fesyen Ezuwan Ismail juga turut terlibat sama dan ada berkongsi satu momen yang dianggapnya lucu ketika acara berkenaan berlangsung di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, dia dilihat berjalan di atas pentas peragaan sambil diapit oleh dua orang model lelaki dan perempuan yang memakai baju rekaannya.

Namun, tiba-tiba sahaja gaun ala berkemban yang dipakai model wanita tiba-tiba sahaja terlurut jatuh daripada badan sehingga ke paras pinggang sambil disaksikan penonton yang hadir.

Kata Ezuwan, dia sama sekali tidak sedar akan keadaan itu namun lega kerana model berkenaan memakai pakaian yang menutup bahagian atas badannya.

Mujurlah ada top kat atas. Kalau tak ada top semata-mata ‘bottom @ skirt’ tu uishh. Bukan setakat naya pak karim, naya abe ezuwan wei, ha sudah.

Dia juga bersyukur kerana busana tersebut dipakai oleh model berbangsa Inggeris dan bukannya orang tempatan.

Mujurlah model orang putih, kalaulah model kita, adoi tak dapat bayangkan, tak maulah jadi cerita bukan-bukan.

Dalam pada itu, Ezuwan berkata bahawa tak semua perkara yang dirancang menjadi dengan sempurna namun puas hati kerana rekaannya berkonsepkan tutup seluruh badan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian Ezuwan dan ada juga yang meluahkan rasa kagum dengan model berkenaan yang tidak ‘menggelabah’ apabila mengalami keadaan tidak dijangka seperti itu.

Respek kat model tu. Profesional dalam tugas. Amanah, walaupun perkara itu boleh memalukan dia sebenarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jasmine suraya neelofa
17 jam lalu

"Dia Orang 'Last' Tinggalkan Majlis.." - Neelofa Anjur Majlis Agama, Teruja Jasmine Suraya Turut Hadir

The post “Mujur Model Orang Putih” – Gaun Berkemban Tiba-Tiba Terlondeh, Ezuwan Ismail Akui Tak Perasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments