Semalam, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya telah dirogol ketika melakukan kerja servis produk penapis air dan udara di rumah pelanggannya.
Dalam video tersebut, wanita bernama Iza Laila itu mengemaskini akaun TikTok miliknya di mana dia meluahkan rasa trauma dan mangsa keadaan dalam situasi tersebut.
Dakwanya lagi, si pelaku itu juga telah mereka-reka cerita sehingga menjadi punca kejadian buruk itu berlaku terhadap dirinya.
Saya tak kuat sebenarnya, cerita dia mereka plot twist. Jadi tolong saya, saya mangsa keadaan. Aku pergi kerja nak cari duit bodoh!
Video itu kemudiannya telah dipadam namun masih boleh ditonton di aplikasi media sosial yang lain kerana ada yang memuat naik kembali video tersebut.
Kata Iza, dia tidak rela dan menjadi mangsa serta telah membuat laporan polis selain melakukan pemeriksaan kesihatan sewajarnya.
Menjengah ke ruangan komen, muncul pula komen daripada warga maya yang pernah bekerja di sektor yang sama dan mengalami situasi serupa.
I pernah jadi ****, dan memang betul. Ramai je laki orang yang gatal. Ada yang chat time bini tengah dalam pantang dekat kampung. Pernah sekali tu ajak kawan teman servis sebab takut pergi rumah seorang customer ni.
Dalam hantaran terbaru, wanita itu meluahkan rasa sedih dan netizen tampil mendoakan agar dia tetap kuat serta dipermudahkan urusan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Wanita Dakwa Diperkosa Pelanggan Ketika Servis Penapis Air, Ramai Netizen Cakap Pernah Lalui Situasi Sama? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments