#Hiburan: “Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama” – ‘Pengkid’ Pakai Ihram, Menteri Agama Maklum Tindakan Tegas Akan Dikenakan

Baru-baru ini kecoh tentang seorang ‘pengkid’ telah pergi ke umrah dengan memakai ihram.

Perkara tersebut ditularkan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aliya yang juga merupakan bekas kekasih ‘pengkid’ berkenaan.

Advertisement

Susulan penularan kes itu, Menteri Agama, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata menerusi kemas kini Facebook miliknya, akan mengenakan tindakan keras kepada si pelaku kerana melibatkan hukum hakam agama.

Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan.”

Tambahnya lagi, dia memohon pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya membuat siasatan lanjut setibanya individu itu di Malaysia.

Selain itu, agensi yang bertanggungjawab menguruskan individu berkaitan turut akan dikenakan tindakan tegas sekiranya dakwaan itu benar.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Ustaz Idris Ahmad yang bertindak tegas berkenaan perihal agama.

Sebelum ini, wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih kepada ‘pengkid’ itu membongkarkan bahawa  telah ditipu kerana perwatakan wanita itu yang mengaku bahawa dirinya seorang lelaki tulen.

1 hari lalu

"Kau Tak Pernah Insaf, Main-Main Dengan Hukum Allah" - Tular Di Twitter, 'Pengkid' Didakwa Tunai Umrah Pakai Ihram

The post “Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama” – ‘Pengkid’ Pakai Ihram, Menteri Agama Maklum Tindakan Tegas Akan Dikenakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments