Selepas sekian lama bermasam muka dan tidak bertegur sapa, usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida dan Iqbal Zulkefli dikatakan sudah berbaik.
Menerusi beberapa video di media sosial, merek berdua dilihat sudah boleh berbual bersama dan tiada lagi persengketaan seperti sebelum ini.
Malah, ramai tertanya-tanya dan ada juga yang membuat spekulasi bahawa hubungan mereka akan kembali ‘istimewa’ selain turut mendoakan dua usahawan ini bertemu jodoh.
Bagaimanapun, hantaran Cik B di aplikasi TikTok baru-baru ini menimbulkan tanda tanya netizen yang berpendapat dia memerli ibunya dan Iqbal.
Menerusi rakaman 16 saat itu, Cik B dilihat menari dan disertakan kapsyen berbunyi,
Hanya kerana kamu rindukan ex, tidak bermakna kamu perlukan mereka (dalam hidup) kembali. Merindui (ex) hanyalah sebahagian daripada (fasa) ‘move on’.”
@cikb_havoc Alright? #fyp #fyp? #relationship #ColorCustomizer
Menerusi ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen yang membuat spekulasi dan berpendapat bahawa Cik B seperti memerli ibunya yang semakin rapat dengan bekas kekasihnya itu semula.
Sesetengah daripada netizen bersetuju dengan kata-kata tersebut di mana menurut mereka seseorang itu boleh mengingati bekas kekasih tetapi tidak semestinya perlu berbaik semula.
The post “Rindu ‘Ex’ Tak Bermakna Kamu Perlu Dia Kembali” – Netizen Kata Cik B Perli Vida & Iqbal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments