Rasanya sejak beberapa minggu yang lalu nama pelakon, Mia Sara menjadi perbualan orang ramai kerana kebanyakkan rasa kecewa dengan imej yang sekarang dipaparkan olehnya di platform media sosial.
Mia yang kini terlihat sangat aktif di TikTok sering melakukan konten-konten trending ataupun menari bersama rakan-rakannya yang lain.
Jika dahulu, netizen memandang gadis terbabit sebagai seorang yang sopan serta menjaga batasan pergaulan, tetapi sejak kebelakangan ini ramai merasakan Mia terpengaruh dengan rakan sebayanya.
Lagi membuatkan netizen berasa kurang senang dengan perwatakannya ketika ini kerana pernah suatu ketika Mia mengatakan pelakon, Puteri Balqis tidak dibesarkan dengan keluarga yang beragama sebab itu imejnya seperti itu.
Dulu mengata Puteri Balqis teruk, sekarang dia pula – netizen.
Tetapi sekarang ini, netizen mendakwa apa yang diperkatakan oleh Mia seakan-akan ‘berbalik’ kepada dirinya semula.
Sebelum ini, pelakon terbabit terlihat sering memakai tudung yang menutup dada ataupun labuh tetapi sekarang ini terkinja-kinja pula.
Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.
The post “Dulu Kemain Cakap Puteri Balqis Teruk!” – Terkinja-Kinja Menari Di TikTok, Netizen ‘Hentam’ Mia Sara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments