#Hiburan: Disambut Bagai Bintang Ternama, Anna Jobling Dan Meerqeen Diserbu Peminat Di Jakarta

Pelakon drama sensasi, Melur Untuk Firdaus, Meerqeen dan Anna Jobling baru-baru ini terbang ke Jakarta atas urusan kerja dan akan menetap di sana selama empat hari atas jemputan temubual media dan sesi bertemu peminat.

Ketibaan mereka di Jakarta dikongsi oleh Anna Jobling di Instagram miliknya menunjukkan detik-detik disambut peminat di negara itu.

Advertisement

Difahamkan, peminat mereka sanggup menunggu seawal subuh semata-mata untuk menyambut kedatangan mereka ke Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Dalam pada itu, Anna juga diberi pelbagai hadiah daripada peminat sempena hari jadinya pada Ahad lalu.

Hari ini ulang tahun saya, banyak hadiah dari fans alhamdulillah dan terima kasih.”

Perkongsian itu mendapat lebih daripada 50,000 tanda suka di Instagram dan juga menerima lebih 400,000 tontonan daripada peminatnya.

Untuk info, drama Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena di Indonesia selepas beberapa klip drama berkenaan menjadi tular di media sosial TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 bulan lalu

"Abang Nak Melur Tak Malam Ni?" - Skrip Babak Drama Melayu Ini Dikritik Lucah, Dah Dikira 'Softp*rn'

The post Disambut Bagai Bintang Ternama, Anna Jobling Dan Meerqeen Diserbu Peminat Di Jakarta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments