#Hiburan: “Kenapa Nak Sorok Muka Anak, Keluar Rumah Nampak Juga” – Netizen Dakwa Mira Filzah Perli Neelofa?

Baru-baru ini, pelakon Mira Filzah berkata kepada pihak Harian Metro bahawa dia akan berkongsikan wajah anak bila sudah tiba masa suatu hari nanti dan menurutnya, dia tidak mempunyai sebab untuk sorokkan wajah anak kerana akan bertemu juga apabila keluar rumah.

Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak.

Advertisement

Dalam pada itu, Mira turut berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsikan wajah anak tetapi sebelum membuat apa-apa keputusan, dia akan berbincang dengan suaminya dahulu.

Pihak RotiKaya telah berkongsikan artikel mereka di laman Facebook dan rata-rata netizen memberi support kepada pasangan tersebut dan hormat dengan keputusan mereka.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen mendakwa Mira dalam diam memerli selebriti lain yang menyorokkan anak mereka, terutamanya Neelofa.

Bukan itu saja, malah netizen membandingkan kedua-dua selebriti berkenaan dan berkata Neelofa sepatutnya mencontohi cara Mira serta tidak perlu terlalu ‘beriya’ sorokkan muka anaknya, Bilal.

komen netizen

komen netizen

Walaupun ramai yang membandingkan Mira dan Neelofa, ada juga netizen yang merasakan itu hak mereka sendiri kerana wajah yang ingin ditunjuk adalah anak mereka dan netizen tidak mempunyai sebarang hak untuk pertikaikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

bilal
3 minggu lalu

(VIDEO) "Bilal Darkweb" - Kongsi Gaya Tidur Mata Ditutup Bantal, Ramai Sindir Neelofa?

The post “Kenapa Nak Sorok Muka Anak, Keluar Rumah Nampak Juga” – Netizen Dakwa Mira Filzah Perli Neelofa? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments