#Hiburan: “Lemahlah Korang Ni” – Viral Guru ‘Siram’ Air Pada Pelajar Tertidur, Ramai Rupanya Yang Sokong?

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform media sosial memaparkan tindakan seorang guru mencurah air di kepala anak muridnya yang tidur di dalam kelas.

Video terbabit telah meraih perhatian dan pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh orang ramai mengenai tindakan yang diambil oleh guru terbabit.

Advertisement

Bukan hanya warganet saja, malah seorang doktor yang dikenali ramai iaitu Dr Malar juga tidak ketinggalan untuk memberi pandangannya mengenai hal itu.

Dr Malar yang meninggalkan pendapatnya dengan membuat satu hantaran di Instagram berkata tindakan guru terbabit hanya ingin memberi pengajaran kepada anak muridnya saja.

Beliau turut berkata pernah lalui situasi yang lebih kurang sama tetapi sebagai pelajar dia akur dengan hukuman yang diterima dan sekarang ini, Dr Malar sememangnya berterima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar beliau.

Di akhir pandangan yang diberi, Dr Malar berkata zaman dahulu denda yang dikena lagi dahsyat dan tidak sesuai untuk dilakukan di generasi sekarang ini.

komen ig dr malar

komen ig dr malar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata setuju dengan apa yang diperkatakan oleh doktor terbabit dan mereka kebanyakkannya bersetuju dengan tindakan guru menyimbah air kepada anak muridnya kerana mereka merasakan itu merupakan proses pembelajaran menjadi ‘orang’.

Bukan itu saja, netizen turut membezakan denda yang pernah mereka lalui jauh lebih teruk dari apa yang dipaparkan dalam video itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

mat rempit bangga tunjuk abang bantu keluarkan motor kena sita
21 jam lalu

Lelaki Bangga Ada 'Cable' Anggota Polis, Siap Tayang Abang Bantu Keluarkan Motor Dalam Balai

The post “Lemahlah Korang Ni” – Viral Guru ‘Siram’ Air Pada Pelajar Tertidur, Ramai Rupanya Yang Sokong? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments