Sebuah video telah menjadi tular di media sosial Twitter mengenai seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila sekumpulan individu didakwa terlalu bising ketika sedang makan di dalam sebuah restoran.
Kata wanita di dalam video TikTok itu, dia merasakan sekumpulan individu itu tidak mempunyai ‘common sense’ kerana bercakap terlalu kuat dan terjerit-jerit sehinggakan anaknya yang sedang tidur pun boleh terjaga.
Tulisnya lagi, dia terpaksa berhadapan dengan situasi itu selama dua jam dan lokasi kejadian tersebut di BBQ Town I-City waktu makan tengah hari.
Sis literally di tempat awam. pic.twitter.com/KBesqEY6q6
— Amer (@amer__aljeffrey) August 11, 2022
Video tersebut ternyata telah mengundang pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan luahan wanita itu.
Ujar warga maya, suasana seperti itu adalah normal memandangkan restoran adalah tempat awam.
Ni kedai makan awam, bukan perpustakaan nak diam-diam dan bukan juga restoran fancy.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang beranggapan bahawa orang ramai perlu mempertimbangkan situasi dan tidak sepatutnya berkelakuan melampau sehingga mengganggu orang lain.
Budak jerit bergelak ketawa kuat kat restoran tahu pulak orang marah. Kata mak bapak tak pandai jaga anak. Orang tua sembang terpekik tiba-tiba jadi tempat awam. Sebab tempat awam lah kau jaga volume kau – netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Nak Sunyi, Makan Di Kubur” – Wanita ‘Complain’ Pelanggan Cakap Kuat Di Restoran, Netizen Ramai Tak Setuju first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments