#Hiburan: “Ada Orang Beli Ke?” – Tiket Konsert Noraniza Idris Didakwa Terlampau Mahal, Netizen Kata Produser ‘Over Confident’?

Tular di media sosial baru-baru ini apabila tangkap layar menunjukkan penyanyi yang terkenal dengan ratu etnik kreatif negara, Noraniza Idris bakal menjayakan konsert selama tiga hari pada Oktober ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani itu khabarnya bakal mengadakan konsert pertama dan juga terakhir tidak lama sahaja lagi.

Advertisement

Namun begitu, netizen tampil mempersoalkan mengenai harga tiket konsert yang didakwa terlalu mahal dan tidak masuk akal.

tiket Noraniza IdrisSumber : Twitter  

 

Kata netizen, produser konsert yang diberi nama Malai Solo Noraniza Idris In-Concert itu terlebih yakin dengan harga tiket yang ditawarkan memandangkan ia bakal diadakan selama tiga hari.

Saya rasa produser dia terlebih yakin. Untuk jual lebih 1000 tempat duduk setiap hari selama tiga hari. Dengan harga tu? Siapa yang datang hari ketiga dengar Kak Ani jadi Ella.

Malah, ada juga yang membandingkan konsert Kak Ani dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijual dengan harga yang lebih murah.

TwitterSumber : Twitter  

Dalam hantaran tersebut, tiket konsert Kak Ani dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Awallah Dondang (RM1,599), Intan Payung (RM899), Dikir Puteri (RM399) dan Hati Kama (RM299).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aina Abdul
18 jam lalu

Didakwa 'Demand' Macam Diva, Aina Abdul Dituduh Sudah Mula 'Naik Tocang'?

The post “Ada Orang Beli Ke?” – Tiket Konsert Noraniza Idris Didakwa Terlampau Mahal, Netizen Kata Produser ‘Over Confident’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments