Setelah hampir 9 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, pelakon Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin tidak pernah berhenti usaha serta doa untuk dikurniakan cahaya mata.
Baru-baru ini, Izzue memaklumkan kepada pihak mStar bahawa dia dan isteri terpaksa berhenti dari membuat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kerana jadual waktu kerja yang tidak mengizinkan.
Tambahan Izzue lagi, dia sememangnya mahu meneruskan rawatan itu tetapi jadual waktu kerjanya yang padat membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan ini dan turut berkata, jika sempat, mereka akan cuba lagi pada hujung tahun.
Pihak mStar turut memuat naik video temubual bersama Izzue di laman Facebook dan rata-ratanya mendoakan agar perjalanan pasangan itu untuk dikurniakan cahaya mata dipermudahkan.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan apabila terdapat beberapa individu meninggalkan komen yang kurang enak untuk dibaca mengenai pasangan itu.
Mereka merasakan dengan umur isteri Izzue ketika ini punca pasangan itu tidak dikurniakan anak lagi dan turut mempunyai keberanian meminta pelakon terbabit mencari isteri lain.
Sekadar info, Izzue Islam dan Awin Nurin mendirikan rumah tangga sejak 2 Jun 2013.
The post “Tukar Bini Muda, Mesti Ada Anak” – Umum Henti Rawatan IVF, Isteri Izzue Islam Pula Dihina? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments