#Hiburan: “Acah Savage Je Dia Tu” – ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, Noor Hisham Tegur Noh Salleh

Sedia maklum, baru-baru ini penyanyi Noh Salleh muncul di atas pentas Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW2022) memperagakan pakaian tetapi ada satu hal yang telah membuatkan dirinya menjadi topik bualan orang ramai.

Noh telah memperagakan busana yang dipakai sambil memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan di atas pentas dan hal itu membuat netizen berasa kurang senang melihatnya.

Advertisement

Bukan saja netizen, malah Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut tampil menegur penyanyi berkenaan kerana beliau mendakwa imej Noh seperti itu memberi contoh buruk kepada anak muda serta masyarakat.

Beliau juga memandang serius isu berkaitan selebriti menampilkan perilaku seperti merokok ataupun hisap vape di khalayak umum.

Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling.

Dalam pada masa yang sama, Noor Hisham turut menyeru orang ramai agar bantu KKM untuk membanteras budaya merokok semakin berleluasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 hari lalu

"Alamak, Sejak Sejak Jadi Duda Ni" - Selamba 'Catwalk' Dengan Rokok Di KLFW2022, Noh Salleh Jadi Perhatian

The post “Acah Savage Je Dia Tu” – ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, Noor Hisham Tegur Noh Salleh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments