Rasanya kalau korang memang seseorang yang mengikuti perkembangan semasa industri seni tanah air, pasti korang perasan ada beberapa selebriti di Malaysia mempunyai rupa ataupun wajah seakan-akan sama.
Malah, wajah yang mirip itu membuatkan ramai tertanya sama ada mereka mempunyai pertalian darah ataupun tidak.
Jadi, hari ini kami akan kongsikan dekat korang antara selebriti-selebriti yang mempunyai wajah yang seiras seperti KEMBAR!
1. June Lojong dan Nadiya Nissa
Pelakon yang cukup popular dengan wataknya di dalam filem Redha iaitu June Lojong dan pelakon, Nadiya Nissa boleh di katakan kalau sekali pandang sememangnya mempunyai wajah yang seiras. Malah, ramai juga yang sangka mereka merupakan adik-beradik, sedangkan tiada pertalian darah.
2. Scha Al-Yahya dan Noor Hayati Kamarulzaman
Pada mulanya, ramai yang terkejut kakak kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mempunyai wajah yang sangat jelita. Bukan hanya kelihatan ayu seperti ibunya, Yatie juga dikatakan mempunyai wajah seperti Scha Al-Yahya. Lagi-lagi apabila melihat mata serta hidung mereka yang seakan-akan sama.
3. Ruhainies dan Nora Danish
Pada awal kerjaya Ruhainies dalam bidang lakonan, ramai yang mengelarnya dengan gelaran ‘Puteri’ iaitu watak pelakon jelita, Nora Danish sekitar tahun 2005. Ramai yang berpendapat suara serta fizikalnya hampir sama dengan Nora Danish dan difahamkan, Ruhainies sudah lali apabila disamakan dengan pelakon terbabit.
4. Azrel Ismail dan Remy Ishak
Mempunyai wajah yang kacak serta maskulin membuatkan nama Azrel Ismail melonjak naik biarpun merupakan pendatang baru dalam industri seni. Bukan itu saja, orang ramai turut berkata wajahnya sama seperti pelakon lelaki pujaan ramai, Remy Ishak dan Azrel sama sekali tidak kisah dengan perkara itu serta anggap ianya satu bonus.
5. Rafidah Ibrahim dan Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon jelita Rafidah Ibrahim ataupun mesra dikenali sebagai Feeda memang mempunyai rupa paras seakan-akan sama seperti penyanyi tersohor, TokTi. Biarpun berkali-kali pandang pun wajah mereka tetap kelihatan sama, lagi-lagi bila kedua-duanya senyum.
6. Allahyarham Sudirman dan Que Haidar
Kalau diperhatikan dengan sangat teliti, kedua-dua selebriti tampan serta berbakat ini mempunyai raut wajah yang sama dari segi senyuman, mata serta bentuk muka. Boleh dicopkan macam ‘kembar’ jugalah mereka ini.
7. Wawa Zainal dan Ayda Jebat
Ayda Jebat serta Wawa Zainal ini jika sekali pandang seperti adik-beradik pun ada! Dah lah comel, malah cantik juga apabila mengukirkan senyuman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Ramai Tak Perasan 14 Selebriti Ini Punya Wajah Yang Seiras! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments