Anak perempuan Azhar Sulaiman yang popular di aplikasi TikTok sering kali menjadi tumpuan warganet terutamanya kerana pemakaiannya yang dikatakan menjolok mata.
Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona oleh pengikutnya selalunya tidak menunjukkan dia terkesan atau tersinggung dengan komen-komen netizen tentang penampilannya.
Namun, kali ini satu komen daripada netizen mengejutkannya sehingga dia sendiri berkongsi di Twitter dan telah meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran itu, Leona menunjukkan screenshot komen daripada seorang individu bernama Nor Azira Othman yang menuduh dia mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Kata wanita itu, dia sudah banyak kali meninggalkan komen di Instagram Leona tentang perangai ‘jalang’ dan hubungan sulit mereka berdua.
someone accused me of having an affair with her husband ? pic.twitter.com/XPNLfigLq1
— leona (@kasihirisleona) August 14, 2022
Wanita berkenaan itu juga menuduh Leona dan turut memberikan nombor telefonnya untuk Azhar Sulaiman hubungi.
Saya nampak anak awak keluar dan makan di banyak restoran sementara saya dan anak-anak hanya makan di rumah. Entah-entah anak awak sudah tiada dara lagi.”
Bagaimanapun, selepas dihubungi oleh Azhar Sulaiman, wanita itu tidak dapat memberikan bukti yang kukuh dan didakwa hanya salah faham dengan entri Leona di Twitter sebelum ini.
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-ratanya mengecam wanita tersebut kerana dipercayai cemburu ‘tak tentu pasal’.
Malah ada yang ‘stalk’ profil wanita itu di Instagram dan juga Twitter serta ada netizen berpendapat mungkin suaminya sendiri yang buat hal dengan wanita-wanita lain sehingga nama Leona turut terpalit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Entah-Entah Anak Awak Dah Tak Ada Dara” – Anak Azhar Sulaiman Didakwa Ada Skandal Dengan Suami Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments