Pelakon dan juga selebriti media sosial, Zarina Anjoulie dilaporkan ada membuat satu laporan polis terhadap individu yang didakwa telah menghinanya secara keterlaluan.
Kata Zarina, individu itu telah mengaibkan dirinya di media sosial dengan beberapa hantaran yang bersifat menghina fizikal dan status dirinya sebagai ibu tunggal.
Individu yang tidak didedahkan identitinya itu menurut Zarina telah membuat kenyataan seperti mengata fizikal dan menuduhnya sebagai seorang ‘kaki dadah’.
Mengata fizikal saya seperti sumbing sebab buat pembedahan, itu fitnah. Mana ada saya sumbing. Dia juga kata saya bukan contoh ibu yang terbaik.
Kata saya kaki dadah tapi dia tu macam mana pula? ‘Scam’ duit bapa saudara saya, serang rakan saya di klinik.
Zarina telah membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan pada jam 2.30 pagi, semalam.
Jelas aktres yang ditemui Harian Metro itu, hal sebenar di sebalik apa yang berlaku antara mereka adalah terlalu panjang untuk diceritakan.
Dia nak saman saya bersama dua lagi individu lain iaitu rakan dan bapa saudara saya, biarlah mahkamah tentukan, biarlah undang-undang tentukan. Tapi tak perlu dia buat video di Facebook dan TikTok untuk mengaibkan saya.
Terdahulu, Zarina ada memuat naik satu hantaran video yang memaklumkan mengenai tindakannya membuat laporan polis mengenai kes itu.
Usahawan itu juga berkata bahawa dia sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada pemilik akaun berkenaan namun individu itu enggan menghentikannya sekaligus membuatkan Zarina mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kata Aku Kaki Dadah Habis Kau?” – Sering Dihina Di Media Sosial, Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments