Baru-baru ini, penyanyi Noh Salleh selesai melangsungkan satu konsert 3 Generasi di Zepp KL bersama kumpulan Spider dan XPDC biarpun dikelilingi dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini.
Menurut Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 37, dia berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepadanya untuk bernyanyi semula di depan khalayak umum.
Malah, dia menyedari memang banyak hal yang berlaku ke atas dirinya sejak akhir-akhir ini dan membuat persembahan di konsert merupakan satu cara buat dirinya mengubat rindu.
Statement yang dilakukan oleh Noh itu telah mendapat perhatian warganet, lagi-lagi di platform Facebook Harian Metro. Dimana, rata-ratanya seperti tidak berpihak kepada kenyataan penyanyi berkenaan dan mempunyai pandangan lain.
Jika dilihat dalam ruangan komen, netizen seolah-olah merasakan luahan rindu itu untuk bekas isterinya, Mizz Nina yang baru saja berpisah baru-baru ini.
Netizen kebanyakkan berpendapat sudah terlambat untuk Noh merindui Nina serta mendakwa sewaktu bersama, dia tidak menghargai wanita sebaik bekas isterinya dan sememangnya akan rasa rindu yang teramat setelah berpisah.
Bukan itu saja, malah ada yang memberi cadangan agar Noh rujuk semula dengan Nina seandainya benar-benar ikhlas merindui wanita berkenaan.
Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang merasakan Nina layak bersama lelaki lain berbanding Noh yang didakwa mempunyai sifat kurang ajar serta tidak beradab.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
The post “Dah Cerai Baru Rindu” – Noh Akui Nyanyi Di Konsert Ubat Rindu Yang Teramat, Tapi Netizen Perli Pula? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments