#Hiburan: “Dia Nampak Sopan” – Gadis Maut Dibunuh Kekasih, Kakak Dedah Mangsa Ada Rancang Nak Kahwin Dengan Suspek

Tular di internet tentang kes seorang wanita maut didakwa dibunuh teman lelakinya dengan menerkup muka mangsa menggunakan bantal.

Menerusi aplikasi TikTok, rakan-rakan mangsa telah meluahkan rasa sedih dan terkejut atas kehilangan wanita berusia 24 tahun itu.

Advertisement

Bukan itu sahaja, menurut kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, mangsa ada memaklumkan kepadanya tentang perancangan untuk berkahwin dengan suspek pada tahun depan.

Wanita berusia 40 tahun itu juga berkata dia pernah bertemu dengan suspek sebanyak dua kali pada bulan Mac lalu namun mangsa tidak bercerita lanjut tentang perkenalan mereka.

Berdasarkan perkenalan itu, lelaki berkenaan nampak sopan percakapan serta tidak banyak bercakap. Baru-baru ini, arwah ada maklumkan bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya itu pada tahun hadapan dan saya tidak nampak hubungan mereka bermasalah.”

Difahamkan, arwah merupakan anak angkat dan tinggal bersendirian di rumah terletak di Kampung Sri Pandan, Klang sejak ibu meninggal September tahun lalu.

Keluarga mangsa dikhabarkan menyerahkan siasatan berhubung kes itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan tidak mahu mengulas berkenaan perkara tersebut.

Sementara itu, suspek berusia 19 tahun tersebut telah berjaya ditahan di jalan berdekatan lokasi kejadian dipercayai dalam usaha untuk melarikan diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Tragis"- Mayat Pasangan Suami Isteri Ditemui Di Ruang Tamu, Dipercayai Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

The post “Dia Nampak Sopan” – Gadis Maut Dibunuh Kekasih, Kakak Dedah Mangsa Ada Rancang Nak Kahwin Dengan Suspek first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments