Baru-baru ini, viral di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Mimi Asmara yang menceritakan tentang perkongsian tips ‘travel’ daripada seorang wanita yang mengundang tanda tanya.
Menurut hantaran tersebut, wanita muslimah bertudung itu telah berkongsi tips percutian ‘budget‘ ke Thailand bersama teman lelakinya menerusi hantaran di laman Facebook.
Antaran tips yang diberikan wanita itu adalah dia dan teman lelakinya telah berkongsi bilik hotel dan tidur di katil yang sama namun dihadang dengan meletakkan bantak diantaran mereka.
Tidur bertudung dan berselimut.
Malah, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang antara mereka akan turun ke bawah dan menunggu di ruangan lobi sehingga seorang lagi selesai.
Sembahyang asing-asing.
Tambahnya lagi, tips percutian itu bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah para wanita akan berasa lebih selamat kerana bercuti dengan teman lelaki.
Apabila ditanya sama ada mereka tidak takut jika terlanjur melakukan zina, wanita itu menitip pesanan agar sentiasa ‘menjaga niat’ supaya perkara sebegitu tidak berlaku.
Meninjau di ruangan balas, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tips percutian berkenaan dan mengecam tindakan wanita itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tidur Bertudung & Berselimut” – Gadis Kongsi Tips ‘Travel’ Ke Thailand Dengan BF Undang Kecaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments