#Hiburan: “Banyak Benda Tak Terluah” – Netizen Sebak Tengok Mizz Nina Menangis Bagi Ceramah Tentang Penceraian

Seperti yang kita tahu, industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai perpisahan antara pasangan selebriti terkenal, Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah bercerai talak satu.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok video memaparkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memberi ceramah tentang hikmah penceraian.

Advertisement

Difahamkan, video tersebut dirakamkan ketika persidangan Spiritual Summit 2022 yang berlangsung 21 Ogos lalu anjuran Safinah Institute.

Menerusi video tersebut, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman gagal menahan air mata yang berlinangan dengan tisu dan berkata Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Jadi saya rasa kita perlu tukar mindset dan fikir sesuatu sedang berlaku samaada kesenangan atau kesusahan.

Jelasnya lagi, dalam kesenangan kita akan melahirkan rasa syukur dan dalam kesusahan kita akan belajar untuk sabar.

Dalam pada itu, Nina turut berkongsi tentang sebuah kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.

Wanita itu berkata ‘macam mana saya nak lalui semua ni?’ dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah.

@ejust4u

#fyp #mizznina #fyp? #neelofar #miziwahid #fypdongggggggg #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #nohsalleh #cry #tiktok #selawat

? original sound – _wanyhasrita_ – _wanyhasrita_

Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah.

Menurut Nina, mindset itulah yang mengubah segala persepsi dalam apa sahaja ujian yang melanda dan kita perlu faham bahawa pasti ada sesuatu yang berlaku disebaliknya (hikmah).

Allah akan jawab doa kita dalam tiga cara, samaada Allah akan jadikan ia berlaku, selamatkan kita dari keburukan yang lebih besar, atau Allah akan simpan (menjadikannya pahala) di akhirat kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 minggu lalu

"Saya Tak Suka Orang Sebarkan Fitnah Tentang Noh, Tak Adil Untuk Dia" - Mizz Nina

The post “Banyak Benda Tak Terluah” – Netizen Sebak Tengok Mizz Nina Menangis Bagi Ceramah Tentang Penceraian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments