Sebelum ini pernah dikecam netizen dan ditegur oleh pendakwah bebas akibat bergelek di majlis akikah, penyanyi dangdut, Ifa Raziah, akhirnya memohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku.
Ifa Raziah, atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, memohon maaf secara terbuka secara live dalam sebuah rancangan stesen televisyen.
Dia menerangkan bahawa permohonan maaf itu dibuat secara ikhlas dan berharap agar isu itu tidak berlarutan lagi.
Dengan seikhlasnya, daripada hati saya, dengan rendah diri saya memohon maaf. Kita manusia tak sempurna.”
Menurut Ifa, dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan berharap agar kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini yang mengguris hati mana-mana pihak dapat dimaafkan.
Dalam pada itu, dia turut menganggap bahawa kecaman adalah sesuatu perkara yang normal apabila bergelar selebriti dalam dunia hiburan dan hanya ingin meninggalkan kontroversi yang melanda dirinya.
Ini asam garam dunia seni. Perkara ni kita kena ‘move on’, lebih bagus sebenarnya. Tak payah nak simpan dalam hati, saya pun nak memandang ke hadapan.”
Sekadar info, Ifa sebelum ini pernah ditegur oleh seorang pendakwah bebas kerana menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan adalah punca rezeki kepada kehidupannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:
The post “Kita Manusia Tak Sempurna” – Ifa Raziah Ikhlas Mohon Maaf Isu Gelek Di Majlis Akikah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments