Pelakon jelita, Amelia Henderson telah mencuri perhatian peminat apabila dia tampil memberikan respon kepada usikan netizen yang cuba-cuba untuk melamarnya sebagai seorang isteri di TikTok.
Komen itu ditinggalkan seorang lelaki yang menulis “kalau millionaire ni aku dah masuk meminang dah ni” di video yang dimuat naik aktres itu.
Pelakon drama Kisah Cinta Kita itu kemudiannya membalas komen tersebut dengan ‘savage’ sekali, bak kata netizen.
Kalau millionaire sekali pun, tak semestinya ada peluang ya.
Berhubung dengan komen tersebut, ia kemudiannya menjadi tular di Twitter sekaligus mengundang rasa kurang senang Amelia.
Kata Amelia, wanita bukanlah sebuah bahan objek yang boleh dijual beli dengan wang ringgit.
women are not objects for sale !!!! ????? https://t.co/pLyTG55Nm6
— ?????? (@ameliath) August 7, 2022
Terdahulu, Amelia dikatakan telah berpisah dengan pelakon Aedy Ashraf setelah hubungan mesranya menemui titik noktah setelah aktres itu ada memuat naik status berbaur patah hati.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Wanita Bukan Objek!” – Amelia Henderson Tak Pandang Harta Benda, ‘Millionaire’ Pun Belum Tentu Berpeluang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments