#Hiburan: “Nak Tengok Pun Kena Merayu – Rayu” – Madu Miera Leyana Kecewa Tak Dapat Jumpa Anak Di Hospital

Madu kepada pelakon Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila dia dilarang untuk bertemu anaknya Anisa yang berada di hospital akibat masalah sukar membuang air.

Ujar Adibah, Anisa yang berusia 12 tahun itu diambil di luar pengetahuannya oleh adik Rosland (suami) pada 12 Februari lalu dan turut mendedahkan bahawa dia sudah sebulan tidak dapat bertemu anaknya itu.

Advertisement

Malah, ketika Anisa di hospital, dia hanya dapat berhubung menerusi WhatsApp.

Saya pergi ke hospital pada 3 Mac lalu bersama sepupu perempuan kepada dia (Rosland). Saya cakap adik menangis nak berjumpa Anisa, rindu kakak dia.

Dia pun pergi masuk ke dalam bilik wad dan masa buka pintu saya sempatlah tengok sikit Anisa dari jauh. Tapi lepas tu Rosland keluar dan kata Anisa tak nak jumpa saya.

Berikutan itu, Adibah berasa terkilan kerana terpaksa merayu-rayu kepada suaminya itu hanya untuk bertemu anaknya yang sakit.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah menghalang Rosland untuk berjumpa anak-anak tapi perlulah melalui cara yang betul.

Memang tak perlu minta izin, tapi ambik anak macam tu sahaja, cara itu tak betul. Orang bercerai pun boleh berkomunikasi inikan pula kami masih bersama. Nak ambil, hantar anak beritahulah saya tak pernah nafikan hak dia.

Terdahulu, media hiburan melaporkan suami kepada pelakon Miera Leyana itu didakwa telah mengabaikan nafkah isteri pertama dan anak-anak.

Madu Miera Leyana itu kemudian memaklumkan bahawa dia masih ingin terus mempertahankan rumah tangga bersama Rosland yang dibina selama 28 tahun lalu meskipun sudah bernikah kali kedua.

anak tiri miera leyana
1 bulan lalu

"Kahwin Dua Bercuti Ke Veinna Boleh, Bayar Nafkah Tak Reti!" - Anak Tiri Miera Leyana Bersuara

The post “Nak Tengok Pun Kena Merayu – Rayu” – Madu Miera Leyana Kecewa Tak Dapat Jumpa Anak Di Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments