#Hiburan: (VIDEO) “Silap Besar La” – Netizen Puas Hati Tengok Gadis Baju Kelawar Lawan Balik Dua Peragut

Baru-baru ini, viral di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ragut di hadapan Menara Felda FGV.

Menerusi video tersebut, gadis berbaju kelawar itu dilihat sedang berjalan sendirian sebelum didatangi dua orang lelaki menaiki motosikal.

Advertisement

Malah, dapat dilihat berlaku pergelutan diantara gadis berkenaan dan peragut itu dimana mereka cuba untuk menarik beg namun digenggam kuat oleh gadis itu.

Tidak lama selepas itu, muncul beberapa orang awam yang datang membantu dan seorang pemandu Grab yang bertindak merempuh motosikal peragut berkenaan.

Susulan itu, dua peragut berkenaan berjaya ditahan oleh pihak polis dan gadis yang digelar ‘Batgirl‘ oleh warganet itu juga berada dalam keadaan selamat.

Meninjau di ruangan komen, video perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya berasa bangga dengan keberanian ‘Batgirl‘ melawan dua orang peragut.

Walau berbaju kelawar, jangan pandang sebelah mata. – Netizen.

Selain itu, ada juga yang turut berterima kasih kepada abang Grab dan orang awam yang datang membantu.

Bagus rider grab tu, tak fikir motor dia rosak ke apa. Siap sondol je,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cikgu pengsan
24 jam lalu

"Ada Yang Pengsan" - Anak Cikgu Kongsi 'Sengsara' Ibu Di Sekolah, Dakwa Terlalu Banyak Kerja

The post (VIDEO) “Silap Besar La” – Netizen Puas Hati Tengok Gadis Baju Kelawar Lawan Balik Dua Peragut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments