Penyanyi dan pelakon Elyana sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan semenjak isunya membuka hijab tempoh hari.
Terbaru, dia sekali lagi dikecam apabila dia ada mengucapkan terima kasih di atas khidmat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah dihukum penjara baru-baru ini.
Berikutan itu, dia menerima beberapa komen biadab di Instagram dan Elyana tidak mendiamkan diri mengenai perkara itu.
Seorang individu difahamkan ada meninggalkan komen meminta agar Elyana pergi ‘mati’ kerana dikatakan tidak bersyukur.
Orang macam ni elok mampos je, tak tahu bersyukur. Allah dah bagi sambung nyawa. Tak payahlah agung-agungkan minah ni.
Namun begitu, Elyana tidak melenting malah mendoakan kesejahteraan pengguna media sosial itu agar diberikan kebaikan.
Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memuat naik tangkap layar komen biadab lelaki itu dan menerima respon daripada netizen.
Ramai netizen mendoakan agar Elyana diberikan kesabaran dan sentiasa istiqamah untuk melakukan kebaikan.
Terdahulu, Elyana memaklumkan bahawa dia terpaksa menghadkan interaksi dengan peminatnya di media sosial bagi memberi tumpuan kepada dirinya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Semoga Awak..” – Disuruh Pergi ‘M*mpos’ Oleh Netizen Biadab, Ini Respon Elyana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments