Sebelum ini, penyanyi Fieya Julia meluahkan rasa sedih apabila didakwa mengambil barang terlarang gara-gara tubuh badannya yang terlalu kurus.
Kecewa dengan kata-kata tersebut, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali kemudiannya berusaha keras untuk menaikkan berat badan agar tubuh badannya kelihatan lebih berisi.
Namun, apabila perubahan pada bentuk tubuh badannya semakin ketara, penyanyi itu malah dituduh sudah berkahwin pula.
Bila masa pula saya kahwin? Sedih la macam ni. Stress sebab ramai betul cakap saya dah berkahwin sedangkan bayang untuk berkahwin pun belum nampak.
Saya dulu kurus pun orang kecam, orang cakap macam orang sakit, tak cukup zat, main barang lah apalah, semua tuduhan tak masuk akal.
Menurut Fieya, dia cuba untuk menaikkan berat badan agar tidak lagi dikecam seperti dulu, namun tidak menyangka walaupun selepas berjaya menaikkan berat badan dia sekali lagi dikecam.
Lama-lama biar je la, kita buat la macam mana pun pasti ada yang tak suka. So, jadi diri sendiri je, abaikan apa orang cakap.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Perasaanku itu turut meminta mana-mana pihak agar tidak lagi menggunakan gambarnya tidak bertudung selepas mengambil keputusan untuk berhijrah pada Ogos tahun lalu.
Banyak lagi gambar lebih baik awak boleh guna, kalau tak cukup dalam Instagram, saya boleh bagi sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Dikatakan Terlalu Kurus, Fieya Julia Dituduh Ambil ‘Barang’ Untuk Turun Berat Badan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments