#Hiburan: “Guna Tangga, Cegah Penyakit” – Minta Kerajaan ‘Ban’ Orang Muda Guna Lif, Doktor Ini Dikecam Teruk

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai pasangan suami isteri bersama anak tidak diberi laluan untuk naiki lif dahulu, sedangkan ketika itu mereka sedang membawa stroller.

Lebih menyakitkan hati pasangan tersebut, orang-orang yang didakwa mementingkan diri itu merupakan warga muda, dimana mereka boleh saja memberi laluan dahulu kepada pasangan berkenaan yang lebih memerlukan.

Advertisement

Membuatkan perkara tersebut menjadi lebih ‘panas’ apabila ramai yang meninggalkan respon mengenai isu yang terjadi. Ada yang menyebelahi pasangan tersebut dan ada juga golongan muda yang menyalahkan pasangan berkenaan kerana memiliki anak adalah pilihan mereka.

Susulan itu, seorang doktor telah membuat satu ciapan di Twitter meminta agar pihak kerajaan ‘ban’ golongan muda dari menaiki lif dan menyuruh mereka untuk guna tangga ataupun escalator.

Ciapan berkenaan turut mendapat perhatian warganet, dimana mereka rata-ratanya tidak setuju dengan cadangan terbabit dan merasakan ia sama sekali tidak masuk akal kerana tak semestinya jika orang itu muda, dia tidak mempunyai kekurangan.

Dr kena kecam

Sedar dirinya dikecam teruk oleh netizen, doktor terbabit telah memohon maaf dan menjelaskan cadangannya itu hanya untuk kebaikan golongan muda menjalankan gaya hidup sihat.

Dr kena kecam

Tetapi dalam pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan kenapa golongan-golongan muda yang ada dalam situasi bersama pasangan itu tidak memberi mereka laluan, sedangkan poster peringatan sudah pun berada di depan lif.

aedy ashraf Daiyan Trisha
1 hari lalu

"Sweetnya, Bersemut Screen!" - Terlentok Di Bahu, Hubungan Aedy Ashraf Dan Daiyan Trisha Jadi Tanda Tanya Peminat

The post “Guna Tangga, Cegah Penyakit” – Minta Kerajaan ‘Ban’ Orang Muda Guna Lif, Doktor Ini Dikecam Teruk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments