Baru-baru ini, penyanyi Ani Mayuni berpendapat setiap selebriti memang mempunyai sikap terbuka untuk menerima teguran tetapi tidak perlu sampai memandang rendah ataupun hina kerjaya mereka.
Sebab peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berkata sedemikian kerana dia terkilan apabila terdapat beberapa pendapat mengatakan kerjaya seni yang dilakukan olehnya adalah lubuk maksiat.
Walaupun bukan saya yang ditegur secara langsung, saya tetap tersinggung kerana saya juga penyanyi dangdut.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Ani berkata mungkin mereka yang sudah biasa dalam industri seni boleh menerima kritikan terbabit tetapi ia akan memberi kesan kepada anak-anak di sekolah kerana keberangkalian untuk mereka diejek sangat tinggi.
Ditanya soal rakan selebriti, Ifa Raziah gelek di sebuah majlis akikah baru-baru ini, Ani merasakan ia perlu dilihat dari pelbagai sudut.
Tidak menafikan Ifa barangkali sedikit emosi semasa meluahkan perasaannya, namun netizen tidak seharusnya melabelkan kerjaya dangdut sebagai pembawa dosa.
Ani juga tidak lupa untuk meninggalkan nasihat serta penjelasan bahawa dia bekerja sebagai penyanyi dangdut hanya untuk mencari rezeki.
The post “Kami Bukan Pembawa Dosa!” – Ani Mayuni Minta ‘Stop’ Hina Kerjaya Dangdut Lubuk Maksiat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments