#Hiburan: Teringin Nak Makan Oyster Murah? Jom Semak Dulu 5 Tanda ‘Fresh’ Atau Tidak

Kini semakin trending mengenai netizen yang berkongsi video makan tiram ‘oyster’ murah dan viral di media sosial.

Ramai yang berpusu-pusu mengikut trend bagi merasa makanan laut itu yang sememangnya diketahui agak mahal dan sangat sedap jika dihidangkan dengan betul.

Advertisement

Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi ‘port’ makan viral yang menawarkan oyster murah dan di tengah-tengah keseronokan itu, mungkin ada juga yang terlepas pandang akan kualiti dan tahap kesegarannya.

Sebagai penggemar makanan laut, tidak salah untuk mencuba oyster viral ini.

Oleh itu, jom kami kongsikan beberapa tips untuk memastikan ia masih dalam keadaan segar seperti yang dikongsikan oleh cef tamu Masterclass, Food & Hotel Indonesia, Cef Gildas Perin.

1. Warna Isi Tiram

fresh oysterSumber : Google  

Isi tiram yang segar mestilah berwarna cerah dan hampir lut sinar. Pastikan ia masih lembut apabila disentuh dan kelihatan ‘solid’.

2. Cengkerang Tidak Rosak

Perhatikan cengkerang tiram dan pastikan ia tidak retak atau berlubang di beberapa bahagian. Ini berikutan bahagian kulit tiram yang rosak sebenarnya membolehkan bakteria untuk masuk dan mencemarkan isi di dalamnya.

3. Berat

berat oysterSumber : Google  

Tiram yang ‘fresh’ biasanya berat dan ‘berisi’ kerana mengandungi air. Ketuk tiram dan jika ia kedengaran seakan ‘kosong’ maknanya isi tiram telah dehidrasi .

4. Cengkerang Sukar Dibuka

Jika cengkerang terasa keras dan sukar untuk dibuka, bermakna kualitinya masih baik.

5. Bau Yang Masih Segar

Fresh OysterSumber : Google  

Cuba bau aroma tiram yang dijual, pastikan ia berbau segar dan tidak berbau busuk. Kebiasannya tiram yang tidak segar boleh dihidu serta-merta tanpa membuka cengkerangnya terlebih dahulu.

Korang check dulu oyster tu sebelum makan, nanti tak pasal keracunan makanan pula!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Oyster murah viral tiktok
24 jam lalu

"Ingat Kena Santau" - Lagi Kes Keracunan 'Oyster' Murah, Gadis Ini Muntah Hitam & Berlumpur

The post Teringin Nak Makan Oyster Murah? Jom Semak Dulu 5 Tanda ‘Fresh’ Atau Tidak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments