Baru-baru ini, seorang pereka fesyen yang dikenali sebagai Kel Wen telah dikecam warganet kerana didakwa mencabul pakaian kebangsaan apabila dilihat mengenakan songkok dan sampin tetapi dalam keadaan separuh bogel ketika acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
Bukan itu sahaja, penyanyi Aina Abdul turut menerima tempias isu tersebut selepas didakwa menyokong pereka fesyen berkenaan.
Menurut sumber, penyanyi itu menutup telefon bimbitnya daripada menerima notifikasi laman sosial kerana tidak sanggup membaca atau melihat komen negatif dari netizen.
Sebenarnya semenjak saya muncul memakai baju busana Behati hari itu saya tiada bagi sebarang komen kerana amat takut hendak membuka telefon…Sebab hampir setiap hari saya terima komen negatif dan kecaman yang teruk.”
Lebih teruk lagi, pelantun lagu Sepi itu turut menyatakan bahawa ramai yang mempersoalkan status agama dan kepercayaannya hanya kerana dia meninggalkan tanda suka di Instagram Kel Wen berkaitan pakaian kontroversi itu.
Orang terlalu marah sehingga mempersoalkan agama dan kepercayaan saya. Mereka tuduh dan cakap saya tak tahu agama dan sebagainya. Ia benar-benar menyedihkan saya.”
Dalam pada itu, Aina Abdul sempat memohon maaf kepada mana-mana pihak yang merasakan perkara yang dilakukan agak keterlaluan.
Saya nak minta maaf pada netizen jika fesyen yang saya gayakan terlalu keterlaluan. Situasi saya hadapi ini agak berat dan saya tak boleh cakap saya tak setuju sepenuhnya dengan netizen dan saya juga tak cakap saya setuju sepenuhnya dengan Kel. “
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah
The post “Orang Persoal Agama Saya” – Isu Sokong Busana Kel Wen, Aina Abdul Tertekan Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments