#Hiburan: “Benda Nak Berlaku, Tak Sempat Fikir” – Anna Jobling Jawab Isu Meerqeen & Pelawak Indonesia Cium

Baru-baru ini, tular satu video ‘panas’ memaparkan pelakon baru lelaki iaitu Meerqeen mencium dahi pelawak Indonesia, Kiky Saputri, lalu pelawak itu membalas ciuman di pipi pelakon terbabit.

Tindakan yang dilakukan oleh Meerqeen itu sememangnya mengundang kecaman daripada para netizen dan susulan itu, pihak Media Hiburan telah menemu ramah pelakon Anna Jobling untuk bertanya soalan lanjut mengenai hal terbabit kerana difahamkan dia turut berada di tempat yang sama.

Advertisement

Anna meluahkan rasa simpati terhadap pelakon gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus kerana teruk dikecam disebabkan video itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Dalam pada itu, Anna berkata dia memang berada di tempat yang sama dengan Meerqen, namun tidak perasan bilakah perkara tersebut berlaku hinggalah pelawak itu memuat naik video di Instagram.

Tambahannya lagi, dia tahu Meerqeen tidak mempunyai niat yang tidak baik dan perkara juga terjadi ‘sepantas kilat’, jadi tidak boleh lakukan apa-apa kerana barangkali teruja sepanjang berada di negara jiran itu.

Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita misalnya meminta izin untuk memeluk Meerqen, Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.

Biarpun berkata seperti itu, Anna turut faham kadangkala keadaan terjadi di luar kawalan dan tidak sempat untuk berfikir panjang.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

meerqeen cium pelawak indonesia
23 jam lalu

"Berlapik Ke Tak?" - Ramai Terkejut Tonton Video Meerqeen Dan Pelawak Indonesia Cium Satu Sama Lain

The post “Benda Nak Berlaku, Tak Sempat Fikir” – Anna Jobling Jawab Isu Meerqeen & Pelawak Indonesia Cium first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments