Pasti ramai yang mengetahui tentang pergelutan rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera yang runtuh selepas beberapa kali Shuk berlaku curang sehingga menyebabkan perkahwinan mereka kini sampai ke penghujung.
Begitu juga dengan nama Fara Salleh yang cukup terkenal dengan dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan dia merupakan orang ketiga dan menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.
Selepas sering terpalit dengan kontroversi tersebut, Fara kini mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sehingga desas-desus itu kembali surut dengan sendirinya.
Lama mendiamkan diri, baru-baru ini wanita berusia 29 tahun itu memaklumkan dirinya telah selesai mengerjakan ibadah umrah menerusi beberapa hantaran di laman Instagram miliknya.
Selesai perjalanan umrah saya. Alhamdulillah permulaan tahun baru islam yang baik buat saya inshaa Allah dan permulaan perubahan umur yang baik juga buat saya. Doakan saya terus istiqomah.
Maninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, ada yang meluahkan rasa bangga melihat perubahan dirinya dan ada juga yang mendoakan agar Fara tidak lagi mengulang kesilapan lalu dan menganggu suami orang lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Semoga Tak Ganggu Suami Orang Lagi” – Fara Salleh Tunai Umrah, Netizen Titip Pesanan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments